Kebaikan Berurut

Kebaikan Mengamalkan Rutin Berurut Untuk Kecantikan & Kesihatan 


1) Membuang toksin dan Lemak di badan
Urutan Diyakini mampu mengeluarkan toksin di bawah permukaan kulit, selain itu juga dapat membuang lemak-lemak tepu dibadan.
2) Melancarkan peredaran darah 
Apabila seseorang itu rajin berurut, perjalanan darah di dalam tubuhnya akan menjadi lebih lancar. Sama juga halnya dengan sistem perkumuhan iaitu pembuangan air besar, air kecil dan peluh. Semua ini juga akan menjadi lebih lancar. Perlu anda ketahui, apabila perjalanan darah di dalam tubuh menjadi lancar, seri kecantikan semulajadi itu akan terpancar dengan sendirinya.
3) Dapat mengurangkan risiko strok dan menyembuhkan strok
Perlu diketahui , seseorang yang terkena serangan strok disebabkan oleh sistem alteri darah yang tersumbat akibat daripada lemak yang terkumpul . Apabila berurut, lemak yang tersumbat d isistem alteri darah tersebut dapat di'ganggu' dan dibuang melalui najis atau peluh.
4) Mengurangkan tekanan (stress) dan menenangkan perasaan
Siapa kata kesihatan emosi tidak penting untuk kecantikan dan kesihatan? Walaupun anda mempunyai wajah dan penampilan yang menarik, belum tentu ianya akan terserlah jika kesihatan emosi anda terganggu. Sebenarnya urutan yang dilakukan secara konsisten membantu menghilangkan tekanan tidak kira pada fizikal mahupun mental.
5) Membantu mencantikkan kulit 
Seperti yang anda ketahui, urutan memerlukan minyak. Kebanyakan orang menggunakan minyak kelapa untuk tujuan melancarkan kerja-kerja urutan sahaja. Daripada menggunakan minyak kelapa yang mempunyai satu fungsi, ada baiknya kita berurut dengan minyak halia. Selain melancarkan urutan, khasiatnya juga mampu membuang angin-angin yang terperangkap di dalam tubuh. Minyak yang digunakan ini mampu meresap jauh ke dalam liang-liang roma kulit. Sifat minyak yang panas memudahkan pembukaan liang roma untuk menjadi lebih besar lagi. Secara tidak langsung, ia memudahkan proses penyingkiran sebarang kekotoran yang terperangkap di dalam kulit.


Call us today at 016-769 3829 email us for more information.. :)